Monday 11 November 2013

AL - FATIHAH BUAT RAKANKU...

HARI INI AGAK SURAM DAN SEDIH BAGI AKU... SEPERTI CUACA HARI INI... MENDUNG.. SEMENDUNG HATI AKU..

Bos aku merangkap kawan aku merangkap  x classmate aku.. merangkap  x dormmate.. merangkap x housemate aku... telah kembali kerahmatullah.. dalam kemalangan jalanraya di marang, terengganu..

Pagi tadi aku dikejutkan berita ini bila masuk opis.. opismate aku dpt tau melalui facebook.. then bila aku nak call kawan2 aku rupa rupanye aku dapat sms yg sama dari kawan..

SMS nye..

"Assalam.. Zuhaifu Azlan telah kembali ke kahmatullah. Jam 3 pagi td...
arwah kemalangan di pulau kerengga, marang. sy dimaklumkan oleh 
kakak ipar arwah. berlanggar dengan hilux. al-fatihah..."

dengar citer dia dari kuantan nak ke terengganu.. tengok anak sakit.. maybe ujung minggu lepas dia tak balik terengganu.. kebiasaannya memang tiap2 minggu balik.. dia keje kt kuantan. isterinya bekerja di terengganu.. dah banyak tahun.. banyak kali la gak aku kate kt dia.. "kalo mu tak dapat tukar balik ganu mu bawok laa anak bini tukor kuantan.. bahaya jauh2 berulang.." macam biasa aa dia.. sengeh2 je bila di kabor gitu..


kami mula berkenalan di polisas.. pada tahun1999... ambil jurusan yang sama... berasal dari Sungai Tong, Setiu. Kini Epu @ Ah Tong @ Ustaz... tiada lagi.. tak dapat aku dengar longhat ganunye yang pekat itu lagi.. tak akan aku dapat email keje2 network darinya lagi...

2 orang exclassmate aku telah hilang dalam kemalangan.. dulunya zamberi..

Al fatihah buat mu sahabatku... semoga ditempatkan dikalangan orang beriman..



Friday 18 October 2013

UPM tawar program asasi untuk lulusan SPM ikuti pengajian di universiti

SELAMAT PETANG SEMUA..

UNTUK PERKONGSIAN... HARAP-HARAP IA MEMBERI MANFAAT TERUTAMA KEPADA PELAJAR YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM.


Petikan dari website Universiti Putra Malaysia (UPM)


"Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan program asasi untuk membolehkan lulusan SPM mengikuti pengajian di universiti ini selepas Tingkatan Lima.
Pelajar-pelajar Tingkatan Lima yang menamatkan pendidikan menengah mereka dengan memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) biasanya mempunyai pilihan menyiapkan diri untuk kemasukan ke universiti dengan terus mengikuti program matrikulasi setahun atau belajar di peringkat sekolah menengah atas selama dua tahun bagi mendapatkan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Program Asasi Sains Pertanian, adalah satu lagi laluan ke universiti untuk mendapatkan ijazah Bacelor bagi pelajar-pelajar Tingkatan Lima itu. Program ini adalah adalah satu program Asasi Sains dengan kursus tambahan dalam bidang pertanian.
Ada dua cara untuk menyertainya, laluan pantas dan arus perdana. Program laluan pantas bermula pada Januari dan berakhir pada Ogos tahun yang sama manakala arus perdana bermula pada Mei dan tamat pada Mei tahun berikutnya.



Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM mereka boleh menyertai program asasi laluan pantas selama dua semester, manakala yang lain diambil mengikuti kursus arus perdana tiga semester dalam masa setahun, kata Prof Dr Mahiran Basri, pengarah Pusat Asasi Sains Pertanian (PASP).PASP telah menguruskan program itu sejak ditubuhkan pada 2005 dan program laluan pantas itu sejak 2011 iaitu untuk lulusan SPM meneruskan pengajian tinggi mereka di UPM.

“Program Pengajian Asasi Sains Pertanian ini menawarkan lulusan SPM satu lagi laluan memasuki universiti dan apa yang menguntungkan mereka adalah mereka boleh memilih untuk meneruskan pengajian dalam sebarang kursus ijazah Bacelor di UPM, bergantung kepada gred dan minat mereka,” kata beliau.Program asasi UPM ini tidak membataskan pelajar hanya kepada program ijazah Bacelor dalam bidang pertanian, sebaliknya ia membuka peluang kepada mereka mengikuti pengajian ijazah Bacelor ditawarkan oleh 16 fakulti UPM. Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa kedua-dua program PASP itu “bukanlah sesuatu yang mudah tetapi memerlukan usaha gigih pelajar”.

Program arus perdana di jalankan selama setahun (mengandungi tiga semester dengan 14 minggu setiap semester), dimana pelajar akan diajar subjek seperti biologi, kimia, matematik, fizik di samping kursus pertanian, bahasa Inggeris dan sains komputer. Program laluan pantas dijalankan dalam masa dua semester dengan kandungan kredit yang tinggi setiap semester jadi  memerlukan pelajar berusaha lebih giat lagi.
Prof Mahiran memberi jaminan kepada pelajar-pelajar bahawa PASP mempunyai tenaga pengajar yang berkelayakan tinggi, kebanyakannya dengan ijazah PhD dalam usaha memberi tumpuan sepenuhnya dan juga bimbingan kepada mereka yang menyertai program berkenaan.

....Permohonan untuk program laluan pantas untuk Januari 2014 kini dibuka. Pelajar yang layak dialu-alukan memohon melalui PASP. -- UPM
Bagi mendapatkan maklumat, harap layari:


info seterusnya boleh layari




Monday 30 September 2013

PASAR BORONG PEKAN, PAHANG

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT PAGI SEMENYE ;)

Huhuu... rasanye memang dah lama tak update blog ni... bz mehh... biasanye masuk2 jengah je. tak sempat update... ok harini aku nak citer pasal Pasar Borong kt tempat aku.. kalo aku sebut Wakaf Che Yeh pasti seme orang tau kan? ok pasar borong ni pun lebih kurang sama je ngn tu.. cuma Pasar Borong Pekan ni beroperasi pada siang hari dan cuma 1 hari.. Sabtu saje.. Time dia kul 7 lbh sampai ler tengah hari... peak time 8.30 - 10.30.

Maca macam jenis pakaian ada.. tudung ler.. baju kurung ler.. t-shirt ler.. mmg macam2 ler yang ada.. semenye harga murah-murah.. nak2 yang nak beli borong mmg murah ler...

Pembekalnye datang dari merata alam... JB ada... Muar ada.. Nilai ada.. KL jalan TAR ada.. siam ada.. kemboja ada.. cina ada.. melayu ada.. sampaikan ada member tu dari kelantan amik barang kt sini untuk jual balik kt kelantan...

Bertambah besar kerana disebelahnya ada "Pekan Sehari" yang menjual pelbagai makanan masak dan mentah. sayuran kampung, ikan patin, jering, kueh traditional dll.. pada peminat bundle, kt Pekan Sehari ni banyak terdapat barang bundle, juga pelbagai pakaian baru ada di pekan sehari ni.

pada aku kt sini lebih tersusun..

so pada sesapa yang teringin boleh ler jengah2 ;)

HARI : SABTU
WAKTU: 7 LEBIH PAGI - TENGAHARI
LOKASI: BELAKANG HOSPITAL LAMA PEKAN, BERSEBELAHAN JUGA DENGAN PADANG MAJLIS DAERAH PEKAN.

ni ada ler gambar2 sikit untuk tatapan anda..










Friday 17 May 2013

PERASMIAN RTC PAHANG

Gambar-gambar PM sekitar perasmian RTC Pahang di Kuala Pahang, Pekan.









nota kaki pompuan: hehe sorry ler... mende ni dah agak lama dalam simpanan.. baru ni dapat update ;)



Sunday 12 May 2013

LEGASI POHPALEH BURGER

so touching... anak anak buah aku le ni..time cuti sekolah ujung tahun tu hari diarg mintak aku ajar bniaga burgerr... alhamdulillah.. berjaya diarg.. xde la buang masa tak tentu hala.










Wednesday 8 May 2013

MARI MENGUNDI...



Assalam..
lama betul dh tak update blog ni.. ssh dh nak bertenet skg ni..
tp aku akan cuba update slow2 le pasni...
5.5.2013 tarikh mengundi kan... so korang mengundi tak.. aku mengundi.. dan aku gak salah sorang petugas SPR di tempat aku mengundi..

kalo nak citer karenah.. macam kerenah kita jumpe tme ni kan.. meriah pun ye.. bkeh jumpe sedara mara.. kawan kawan lama..

tp antaranye 2 mende yang menarik aku jumpe haritu..
1. aku jumpe ic orang yg hujungnye sama ngn aku nye..
2. tarikh lahir pengundi ni.. sgt2 best.. 5.5.55 haha sama tarikh ngn pilihanraya dan yang lg best, tahun pun 55.