Monday 24 December 2012

BANJIR KILAT KUANTAN 24 DISEMBER 2012

KUANTAN, 24 Dis - Bandar Kuantan dilaporkan lumpuh akibat banjir kilat yang melanda sejak pagi tadi. Difahamkan banyak jalan-jalan utama terpaksa ditutup dan hujan lebat masih belum berhenti sekitar jam 1.00 petang tadi. Banyak kenderaan tersangkut dalam banjir sedalam antara 0.5 meter hingga 1.0 meter. Setakat jam 12.30 tengahari tadi, antara jalan-jalan yang  teruk dinaiki air ialahJalan Lim Hoe Lek, Jalan Pasar, Jaan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abd Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Hj.Ahmad, Jalan Beserah dan Persimpangan Lampu Isyarat Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM). Manakala kawasan pusat tumpuan orang ramai yang paling teruk dilanda banjir ialah di kawasan Jalan Tun Ismail terutamanya sekitar komplek membeli belah Berjaya Megamall dan Sri Dagangan. Orang ramai panik dan terpingga-pingga melihat senario yang berlaku. Malah ada yang mengatakan banjir kali ini lebih buruk daripada yang berlaku awal tahun ini.











petikan & gambar dari:-






Thursday 13 December 2012

[DOT] MY PERCUMA - TEMPOH PROMOSI

KEPADA SESAPA yang berminat untuk mendapatkan domain [dot]my secara percuma boleh lah try masuk ke link yg diberi.. tuan tanah 'coklateyes' membenarkan untuk berita ini disebarkan..

ini betul betul.. bukannya cobaan!!...

buka ke tiga tiga link ni untuk rujukan..


http://www.coklateyes.my/2012/12/soalan-hantu-cara-dapatkan-hadiah-hebat.html

http://www.coklateyes.my/2012/12/perhatian-1-untuk-penerima-domain.html

http://www.coklateyes.my/2012/12/perhatian-2-untuk-penerima-domain.html


kasi baca dan fahamkan step step utk buat..

caranya tak susah pun...

promosi percuma ni sah sehingga 25 Disember 2012 katenye..

banyak kelebihan dengan menggunakan [dot]my..

so cepat2 ler rebut peluang ni..




Tuesday 11 December 2012

KEMBALI KE RAHMATULLAH

ROGAYAH @ GAYAH BINTI YUSOF ibunda saya telah kembali ke rahmatullah pada 2 Disember 2012. Selamat dikebumikan pada keesokan harinya. Semoga Rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. amin..

anakanda-anakandamu akan sentiasa merinduimu...