Friday 26 August 2011

SELAMAT HARI RAYA


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Kepada semua kenalan blogger. 
Salah silap harap dimaafkan.


Berhati-hati di jalanraya. Semoga semuanya 
selamat sampai ke destinasi yang dituju.




sumber gambar dari Internet


Insya Allah berjumpa semula selepas aidilfitri

.

Thursday 25 August 2011

LAWATAN TENGKU MAHKOTA PAHANG

MASJID BARU MUKIM PAHANG TUA yakni masjid kg aku dilawati oleh Tengku Mahkota Pahang hari semalam.. baginda telah berkenan mencemar duli, berbuka puasa bersama rakyat dan juga berjemaah solat maghrib sehingga selesai terawih. Program diantaranya baginda telah menyerahkan sumbangan kepada warga emas dan anak-anak yatim dari kampung-kampung sekitar. turut hadir dua orang anakandanya. aku adalah salah seorang watak kecil dalam majlis tersebut.


Ketibaan
Kelihatan, mengiringi dibelakangnya Big Bos aku Dato' DO berbaju melayu merah dan
dituruti oleh Penghulu kg aku Penghulu Hamdan (Baju Melayu Cyan)

Menyambut Ketibaan
kerpet-karpet merah ni dia tak layan

Ketika Mengulurkan Sumbangan

Antara rakyat yang hadir

.

Thursday 18 August 2011

BERHATI-HATI PENGGUNA FACEBOOK part 2

KENAPA BAHAYA.. bagaimana orang malaysia menggunakan facebook.. bagaimana orang jepun pula... bagaimana cara yang 'agak selamat' untuk menggunakan facebook..

pengguna facebook dimalaysia kebanyakkannya akan menerima sesiapa sahaja yang request sebagai friend. walaupun tidak mengenalinya..  boleh dikatakan majoriti pengguna facebook tegar akan mempunyai friend yang amat ramai.. mencecah ratusan hingga ribuan.. tetapi daripada keseluruhan friend tersebut separuh atau lebih adalah tidak dikenali.. makin ramai friend makin berbangga mereka.. masing-masing berlumba untuk meninggikan jumlah friend tanpa disedari ianya boleh mengundang bahaya kepada kebocoran maklumat peribadi..seperti yang dikatakan oleh saya sebelum ini,salah satunya dipengaruhi oleh kerana budaya orang malaysia.. selain dari itu, tahap kesedaran keselamatan dikalangan pengguna internet di malaysia masih tidak tinggi.. negara kita masih lagi ditahap keselamatan di alam siber yang selesa sebab itu pengguna internet kurang peka terhadap keselamatan internet..  pengguna di malaysia juga lebih cenderung menggunakan nama sendiri serta mendedahkan maklumat-maklumat peribadi didalam facebook.. betul.. ia bertujuan untuk sahabat2 kenalan dan saudara-mara mudah untuk mencari kita di facebook... tetapi ianya juga boleh digunakan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab mengexploitasi maklumat tersebut kejalan yang tentunya korang tidak redhai.. pengguna di jepun pula lebih mementingkan kerahsiaan jika berada di alam siber... pengguna di jepun lebih cenderung menggunakan nama samaran, lokasi yang tidak benar dan hint2 yang hanya diketahui oleh kenalan. friend dikalangan pengguna facebook dijepun juga tidak tinggi... hanya yang dikenali sahaja kebiasaanya akan di terima...

oleh itu nasihat saya berwaspadalah atas segala yang anda tulis dan siarkan di facebook.. dari tulisan hinggalah kepada gambar.. setting lah kepada security yang tertinggi yang di sediakan oleh facebook.. biodata, gambar dan sebagainya biarlah hanya friend sahaja yang boleh melihat dan baca.. janganlah sesuka hati terima request dari orang yang tidak dikenali walaupun mereka dalam list kenalan anda.. sbb belum tentu kenalan anda mengenenalinya juga.. selain itu lebih baik gunakan nickname dari nama sebenar... ramai yang dah menjadi mangsa facebook... so berhati-hatilah dan berhemahlah ketika menggunakan facebook



sekadar berkongsi apa yang saya tau.. jika salah sila tegur dan betulkan k ;)


.

Tuesday 16 August 2011

BERHATI-HATI PENGGUNA FACEBOOK

HARI NI TERGERAK NAK BERKONGSI CERITA.. ramai org skg ni menggunakan facebook kan.. mcm2 kegunaannye.. kebaikannye banyak... bleh jumpe kawan2 lama yg dh lost contact, sedara mara jauh jadi dekat... berbisnes pun makin ligat skg ni guna facebook... bagus..bagus.. tp dlm masa yg sama byk gak keburukannya.. so hati-hati..

mengikut kajian, Malaysia antara pengguna teramai yang menggunakan facebook..  manakala negara China pula mengharamkan penggunaan facebook.. Malaysia juga antara negara yang mempunyai 'Friends' paling ramai manakala Jepun pula antara mempunyai "friends" paling sedikit... kenapa negara maju seperti jepun mempunyai 'friends' yang sedikit tetapi negara kita antara teramai? antara faktornya adalah pengaruh budaya, orang malaysia mmg terkenal dengan baik budi, bersangka baik, mudah mesra.... so itu antara faktornya.. bagus kedengarannya kan? tetapi bahaya sebenarnya bersifat sedemikian di alam siber... 

kenapa bahaya.. bagaimana orang malaysia menggunakan facebook.. bagaimana orang jepun pula... bagaimana cara yang 'agak selamat' untuk menggunakan facebook akan saya bincangkan pada part 2 ;) 

Thursday 11 August 2011

MUSIM MEMBAJAK vs MUSIM RENOVATE RUMAH

MUSIM MENUE (MENUAI) PADI baru je lepaih kt kg kawan... sekarang ni tengoh sibok mesin bajok ke hulu ke hilir membajok tanoh paye (sawah). banyok nye mesin bajok, banyok lagi orang kt kg kawan mengubohsue rumoh.. ade yang buat pagor baru, ada yg tamboh rumoh, ada yang merepair rumoh yg doh lama bocor sane sini.. rosok sane sini... maklum ler dekat nok raye...  dekat nok raye tu alasan je.. sebenonye dierang ni baru lepaih dapat duit potong padiii... hehe.. tengoh kaye le  katekan.. 

tok terkecuali ayoh kawan... ni le mase dia merepair rumoh...  rumoh kawan tu rumoh kayu je.. ade le sambung2 sana sini... skg ni bkn sebab ape org tok rame (ramai) sambung kayu sbb batu lebih muroh dr kayu.. ye la.. bak kate ayoh kawan..

 "teringin merase dudok rumoh batu pulok"... 

rumoh tu doh lame sambung bahagian tepi tu tapi takdok le tile, siling pe seme... skg ni ade duit sikit2 hasil padi boleh le die meng upgrade bahagian tu... ditambohnye siling ngn tile.. merioh sikit katenye raye nanti.. 

"doh tue-tue ni nok rase dudok rumoh selese-selese.. tengok lawo sane sini sedap je rase hati" 

tu le ayoh kawan kabor... ye la dulu2 kuarge kiterang ni bukannye senang sgt pon... skg ni bila anok2 dh besor blake.. senang le skit ayoh ngn mok.. lantok dia lah nok buat ape ngn duit dia.. ase (asal) mok ayoh bahgie.. sekarang ni mok ayoh kawan doh umor 77 doh.. ayoh kawan masih lagi ke paye buat padi...walopun duit pencen ada... rajin die kaloh orang mude.. tokleh dudok diam katenye.. tok sedap badan.. mmg pun.. kala (kalau) dia duduk rumoh tok buat mende lame2 boleh demam.. mok kawan lok lebih kerap pake (pakai) kusi roda dr bejalan.. tok brape larat doh.. sakit lutot..

harini td siap le doh renovate rumoh kawan... cume nok kene cat je la doh... hehe ayoh kawan pening lok mikir nok warne mende tiang2 rumoh.. kawan tok kesoh.. lantok le warne mende pun ase ayoh ngn mok kawan suke... kawan ikut je... rumoh diarang kan...



buat kawan2 seme... salam ramadhan ke 11 hari ;) semoga amalan kita diterimaNya ;)


.

Thursday 4 August 2011

RAMADHAN HARI KE EMPAT

SEKEJAP je rasanye dah hari ke empat ramadhan..
aku rindukan anak-anak dan isteriku.. dah lama tak jumpe mereka..
hujung minggu ni aku bercadang nak jengah mereka..
hehe kelas ujung minggu ni terpaksa aku tuang...
bukan sengaja..
sebab lepas ni aku lg sibuk..
so nak tanak amik time ujg minggu ni utk jengok diarang ;)

Anak Pertama,
Anak Kedua,


sesaja cari maksud kt internet td.. terjumpe susunan abjad "apa ada pada..." ni.. hehe motivasi sebenarnya ni..
makna nama tu plak mmg lebih kurang ler ngn rujukan kami kt buku masa pilih nama anak2  dlu..
semoga kami dapat mencorak anak-anak kami menjadi anak-anak yang solleh..maka berbahagialah kami sebagai ibu bapanya..

sumber dari: http://name.crazyartzone.com/index.asp

.